top of page

MUDAHNYA BUAT LIP BALM DENGAN HANYA GUNA 3 BAHAN INI SAJA


Hai mommies! Apa yang mommies suka buat pada masa lapang ya? Saya suka try and error kraf buatan sendiri (diy homemade). Sekarang ni, saya dalam proses menyiapkan lip balm untuk projek "Satu Cikgu Satu LipBalm". Pelik bunyinya kan? Sebenarnya, saya nak hadiahkan lip balm ini kepada guru-guru yang mengajar anak-anak saya sempena sesi persekolahan yang bakal tamat tak berapa hari lagi. Sebab selepas ni mereka tak dapat lagi jumpa anak-anak saya kerana kami akan berpindah hujung tahun ni.


Idea lip balm untuk dijadikan sebagai hadiah ni muncul tiba-tiba lepas saya lihat cara penyediaannya yang simple, tak pening kepala dan yang paling best hanya guna 3 bahan saja! Dan hanya ambil masa dalam kurang 10 minit saja untuk menyiapkannya. Mudah dan ringkas kan? Mommies pun boleh cuba jika ada kelapangan.


Ok, mari kita tengok apa 3 bahan yang diperlukan :


>>> Minyak Kelapa, Lilin Lebah, dan Minyak Pati (Essential Oils)


Masa Penyediaan Lip Balm :

Masak : 5 minit

Tuang dalam bekas : 5 minit

Total : 10 minit

Credit to : theseasonedmom


Bahan-bahan yang diperlukan :-

>> 5 sudu besar = 75ml minyak kelapa

>> 3 sudu besar = 45ml lilin lebah

>> 12 titik minyak pati perisa peppermint ( Contoh brand: Young Living, Ronella etc.)

>> Bekas kaca (measuring cup)

>> Pipet atau picagari

>> Bekas lip balm iaitu jenis tiub atau pot kecil


Cara-caranya :-

(1) Tuang minyak kelapa bersama dengan lilin lebah dalam bekas kaca dan cairkannya dalam microwave. Kacau setiap 30 saat. Jika takde microwave, boleh guna kaedah 'double boil'.

(2) Masukkan minyak pati dan kemudian tuangkan ke dalam bekas lip balm sama ada jenis tiub atau pot kecil. Jika taknak comot, boleh guna pipet semasa tuang ke dalam bekas.

(3) Biarkan ia sejuk dan mengeras dalam tempoh 1-2 jam.

(4) Lekat label pada bekas. Siap !!!


Note : Resipi ni boleh buat dalam 15-20 tiub lip balm, atau 4 (2oz) bekas pot kecil.

Comments


bottom of page