top of page
Sumber Rujukan Anda
ARETIE ALIAS

Sebagai seorang suri rumah dan ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil, dan pada masa yang sama adalah seorang "blogger", ramai yang menanyakan kepada saya "Bagaimana awak boleh buat semua ni ya?" 
Sebenarnya, saya gemar membaca pada masa lapang dan sentiasa meneruskan misi menggali ilmu untuk tingkatkan pengetahuan. "Aretie Alias" telah menambah nilai dalam kehidupan saya di mana saya dapat berkongsi minat, pengalaman, idea dan tips dengan pembaca saya yang setia. Explore my site, and enjoy !

Kenali Diri Saya
Aretie Alias

MOMMY BLOGGER | SAHM

Hi ! Saya adalah ibu kepada 3 orang anak dan juga seorang "blogger". Ramai pembaca setia saya adalah dari kalangan surirumah seperti saya juga yang sentiasa inginkan idea dan tips terbaru untuk dikongsikan bersama. Jom kita sama-sama jadi surirumah yang BIJAK, AKTIF dan SOPAN seperti tagline saya.

Aretie Alias.png
Alkisah Terciptanya Blog Ini
Logo.png

Assalamualaikum. Nama diberi Siti Roziati bt Alias, tapi lebih dikenali sebagai "Atie" di kalangan rakan dan keluarga. Setelah menamatkan kursus ijazah sarjana muda jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dari sebuah universiti di Jepun, saya terus dapat tawaran berkerja sebagai eksekutif di sebuah kilang di Shah Alam. Mula berkerja dari tahun 2009 hinggalah saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada awal tahun 2016, iaitu selepas melahirkan anak yang ketiga. Syukur Alhamdulillah, niat saya berhenti kerja untuk menjaga dan membesarkan anak-anak di depan mata sendiri akhirnya dimakbulkan ALLAH s.w.t.  Saya memiliki 3 orang permata hati yang comel berusia 8, 6 dan 3 tahun. Setelah officially dua tahun menjadi suri rumah dan anak telah pun pandai menguruskan diri, saya ada sedikit masa yang terluang untuk mula menulis blog. Sebelum ini saya banyak menulis di dalam diari atau nota peribadi sahaja. Namun selepas menyedari bahawa nota itu semua akan lenyap atau hilang begitu sahaja jika saya sudah tiada nanti, maka saya ambil langkah pertama dengan menulis di sini. Semoga perkongsian saya dapat dijadikan aspirasi buat ibu-ibu hebat diluar sana agar dapat manfaat bersama. Harap anda terus menyokong dan mengikuti blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca !!

bottom of page