'Hari Komunikasi Ibubapa dan Guru'
Assalamualaikum, buat para sahabat blog yang saya kasihi. Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta.
Alhamdulillah.. Setelah sekian lama baru dapat kembali bersiaran menulis blog kerana ada perkara lain yang menuntut saya 'rehat' seketika dari mengarang entri baru. Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir dan Batin' buat yang mengenali diri ini. Maaf dari saya sekiranya penulisan saya ada mengguris hati anda.
Sebenarnya saya nak share mengenai 'Hari Komunikasi Ibubapa dan Guru' yang berlangsung di sekolah agama anak sulung saya pada hari ini. Memandangkan dia baru saja berpindah ke sekolah baru pada awal tahun ni, jadi banyak perkara yang ingin saya tanya kepada guru kelasnya.
Di rumah, anak sulung seorang yang sangat aktif dan banyak bercakap. Semasa dah nak dekat minggu peperiksaan pun dia tak berapa nak bersedia dan buat ulangkaji. Pendekatan yang saya lakukan sebagai ibu ialah dengan menyuruh dia membaca buku teks dahulu, dan kemudian baru saya menyoalnya. Untuk sekolah agama, kesemua subjek perlu membaca buku teks dan buat latihan buku aktiviti. Saya yang dah tua ni bila tengok buku teks anak pun tak tentu boleh score dalam exam.
Dan sememangnya anak lelaki dan anak perempuan ni, cara mereka belajar memang tak sama. Saya lihat anak lelaki lebih fokus semasa di dalam bilik darjah dan mampu dapat result yang lebih cemerlang even mereka tak study beriya sangat. Jadi, anak sulung saya ni dia banyak main di rumah tapi bila waktu belajar, dia fokus. Itu kesimpulan yang saya dapat selepas ambil report card di sekolah agamanya pagi tadi. Ustaz tak komen banyak mengenai keputusan peperiksaan anak. Beliau ucap 'Tahniah!' kerana berjaya dapat ranking teratas walaupun dia adalah murid baru di sekolah ni.
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, dan semoga dia dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya kelak. Mama dan abah tak harap keputusan cemerlang, cuma jadilah insan yang baik dan mulia di sisi Allah swt.
Akhir kalam, anak-anak adalah amanah dari Allah swt, jadi didiklah mereka dengan sebaik-baiknya kerana sebagai ibubapa kita yang akan di tanya di 'sana' kelak. Sebagai ibubapa, kita bertanggungjawab menimba ilmu pengetahuan dalam proses membesarkan anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh solehah serta cemerlang di dunia dan akhirat.