Kata-kata Inspirasi Buat Ibu-ibu
Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi,
'Selamat Datang November & Selamat Tinggal Oktober'
Setiap hari selepas bangkit dari tidur, apakah perkara pertama yang berlegar-legar di fikiran anda? Adakah mommies selalu rasa macam tak bersemangat nak mulakan hari anda? Lebih-lebih lagi bila dah 'set' dalam fikiran yang hari tu bakal membosankan kerana melakukan rutin dan perkara yang sama berulang-kali. Ibu-ibu surirumah adalah yang paling ramai mengalami hal sebegini.
Apa yang mommies buat bila rasa hilang semangat atau takde mood untuk mulakan hari anda? Pertamanya, jangan mudah mengeluh dan mengadu pada orang. Untuk minta nasihat atau kata-kata positif dari kawan juga tak salah. Cuma, terlebih dulu mengadu dan mintalah pada Allah s.w.t. Yang keduanya, cuba 'audit' diri sendiri kenapa kita jadi sebegini sebab kita lebih arif tentang siapa kita dan apa masalah kita kan?
OK, disini saya kongsikan '10 Kata-kata Nasihat dan Motivasi Diri' yang boleh dijadikan panduan buat mommies agar lebih bersemangat menyusuri hari-hari anda.
Semoga ianya dapat memberi manfaat dan kebaikan buat anda!
Comentarios