Jadual Harian seorang "Mommy Blogger"
Assalamualaikum dan Selamat Petang buat mommies dan supermom di luar sana.
Hujan lebat yang turun membasahi bumi Shah Alam sejak dari pagi tadi membuatkan 'mood' mengantuk melanda diri. Namun saya gagahi juga untuk menulis tentang jadual harian saya sendiri untuk dikongsikan pada pembaca saya yang setia.
Umum telah mengetahui bahawa tugas surirumah memang amat sibuk dan tak akan pernah habis. Bermula dari awal pagi hingga lah menjelang tengah malam, kita memang rasa tak cukup tangan nak menyiapkan semua kerja rumah. Lebih lagi jika kita dikurniakan bilangan anak yang ramai dan keluarga yang besar, memang haru-biru rumah dibuatnya.
Namun begitu, hatta sekecil kerja yang kita nak lakukan sekalipun perlu lah ada perancangan awal agar kita dapat mengawal dan melaksanakan semua kerja dengan efektif sekali.
Pengalaman saya berkerja sebagai seorang pegawai eksekutif 'Production Planning and Control' di sebuah kilang Jepun di Shah Alam selama lebih 6 tahun sedikit sebanyak membantu saya dalam menjalankan tugas hakiki sebagai surirumah.
Contohnya, masa berkerja dulu tugas saya memerlukan saya untuk merancang pelan jadual harian, bulanan juga tahunan sebelum memulakan operasi pengeluaran sebuah produk. Itu belum termasuk proses menempah barang mentah dari Jepun dan berurusan dengan mereka dalam Bahasa Jepun. Memang memeningkan kepala, namun berjaya juga saya harungi semua cabaran itu.
Jadi, mulakan dengan lakarkan dulu jadual harian anda kerana saya tahu setiap surirumah memiliki komitmen yang berlainan. Yang penting, letakkan keutamaan (priority) untuk kerja yang perlu dibereskan 'on time' dahulu iaitu tugas hakiki seperti memasak, mengemas, membasuh baju, melayan makan minum anak dan suami, dan solat pada awal waktu.
Tugas yang boleh kita tangguh seperti melipat kain, menggosok baju dan membeli barang dapur boleh dilakukan pada hari hujung minggu atau boleh meminta bantuan dari encik suami. Mudahkan kalau kita rancang kerja kerana kita tau apa yang kita nak buat untuk hari ini tanpa membuang masa. Kerja pun jadi lebih teratur, rumah terjaga, makan pakai anak dan suami juga terurus! Jadi, buat jadual anda sendiri dan cuba untuk ikut dalam 2 minggu pertama. Tidak perlu jadual yang perfect, cukup yang boleh anda disiplin dan tidak rasa terpaksa bila melakukannya.
Jom, mulakannya sekarang !!
Note : Dibawah ni contoh jadual harian saya pada hari biasa (Isnin - Jumaat , Bermula jam 5pagi hingga 5 petang). Hari minggu memang khas buat famili sahaja.
Comentarios