Ini Caranya Saya 'Potong Perbelanjaan' Kepada Separuh
Assalamualaikum, salam pagi ceria buat sahabat blog saya yang dirahmati Allah selalu. Pagi ni, hujan lebat membasahi bumi Shah Alam sejak dari pukul 4 pagi tadi. Teringat pula akan sahabat saya yang berada di Pulau Pinang dan Kedah. Bagaimana agaknya keadaan di sana sekarang..Moga Allah melindungi kalian semua. Bertabahlah dalam menghadapi dugaan banjir ni.
Baiklah mommies, actually hari ni saya nak kongsi tentang topik kewangan iaitu tips untuk mommies semua tak kira ibu surirumah atau yang berkerja, boleh berjimat-cermat dengan hanya mempraktikkan 8 amalan ini. Sejak mengamalkan tips ni, saya dapat memotong perbelanjaan bulanan keluarga saya kepada separuh. Banyak ke tak banyak? Memang ianya berkesan buat famili saya. Mommies pun boleh cuba. Manalah tau kot-kot boleh apply dalam uruskan perbelanjaan kan? Ok, apa dia 8 amalan ni? Jom teruskan membaca!
1. GUNA CASH
Hanya bawa wang tunai secukupnya sebelum keluar. Elak swipe credit/debit card. Pastikan buat kira-kira dan shopping list sebelum berbelanja.
2. RANCANG MENU
Mommies boleh rancang terlebih dulu menu masakan (breakfast, lunch, dinner) untuk 2-3 minggu. Beli barang basah dan kering ikut menu yang anda dah plan tadi.
3. BELI BORONG
Yang ni memang banyak jimat. Beli dalam kuantiti yang banyak atau buat stok untuk barang keperluan seperti pampers & susu anak, minyak, beras etc. Lebih-lebih lagi bila ada diskaun ahli dan sale.
4. AMBIL TAHU BILA ADA 'SALE'
Kaum Hawa yang paling excited bila dengar 'sale' ni kan? Hah, masa dah jadi ibu ni lah kita kena peka dan ambil tau bila akan ada 'sale'. Tak kiralah sama ada di kedai runcit, 99 Speedmart, Tesco mahupun 'online sale' sekalipun. Buat perbandingan harga dan belilah dengan bijak.
5. KUPON DAN BAUCER
Gunting dan kumpul keratan kupon dalam majalah, surat khabar atau flyers. Kena rajin sikitlah mencari. Boleh juga buat hobi baru disamping berjimat-cermat. Bila dapat baucer duit atau diskaun, simpan dan gunakan sebelum tamat tempoh.
6. MASAK SENDIRI
Ok, lepas dah rancang menu masak dan beli barang dapur, tentulah kena masakkan? Jadi, mommies masaklah di rumah dan kurangkan makan di luar. Anda jimat, keluarga pun sihat!
7. MUAT TURUN APLIKASI
Mommies mesti tak nak terlepas update tentang tawaran, diskaun dan promosi hebat yang akan berlangsung kan? Muat turun aplikasi seperti 'SmartShopper Malaysia', 'Discount Deals in Malaysia', 'Shopee Malaysia' etc. Cuma, pastikan guna untuk beli barang keperluan saja ya!
8. TANAM SAYUR SENDIRI
Orang kata rugi kalau tak berbakti pada tanah. Hah, jika ada tanah atau hatta duduk di apartment pun boleh bercucuk-tanam. Mulalah dengan tanam sayuran, pokok-pokok herba, serai, kari, pandan, limau dan banyak lagi. Poket jimat, duit selamat!
Note : Dibawah ni saya sertakan juga infografik untuk manfaat bersama.
Comentarios