top of page

DIY 'Bom Tandas' dari Rumah!



Assalamualaikum dan Selamat Petang semua...


Hari ini saya nak kongsikan cara untuk bersihkan mangkuk tandas duduk dengan cara yang paling mudah sekali. Selain ianya mudah, ia juga menghapuskan bau yang kurang enak di dalam tandas. Kiranya, pakej membersih sekali dengan mengharumkan tandas rumah anda.


Ok, anda pasti fikir lagi senang pakai saja pencuci tandas yang ada atau anda tak ada masa nak buat benda remeh sebegini. Tapi percayalah, pada mulanya saya juga hanya cuba-cuba saja. Namun lepas melihat kesannya, saya jadi bersemangat pula untuk membuatnya lagi. Yang penting, bahan-bahannya juga sangat mudah didapati. Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan.


Bahan-bahan yang diperlukan :-

1 cawan Baking soda

1/4 cawan Asid sitrik

1 tbsp Pencuci pinggan (apa jenama pun boleh)

Bekas kiub ais/ acuan silikon

Bekas kedap udara (untuk storage)


Cara-cara :-

1) Masukkan baking soda, asid sitrik dan pencuci pinggan ke dalam bekas.

2) Kacau kesemuanya hingga sebati. Kemudian tekankan adunan ke dalam bekas kiub ais atau acuan silikon.

3) Biarkan ianya mengering dalam masa 4 jam atau semalaman.

4) Selepas kering, bolehlah keluarkan ia dari bekas/acuan dan simpan dalam bekas kedap udara.

5) Siap dan sedia untuk digunakan!



Sumber imej : onegoodthing




Antara soalan-soalan yang akan timbul bila nak buat bom tandas ini adalah seperti di bawah. Harap ianya menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran anda.


Bagaimana nak tahu yang 'bom tandas' ini melakukan tugasnya?

---> Jawapannya senang saja, ia sepatutnya mula berdesir dan mengeluarkan buih bila dicampak ke dalam mangkuk tandas anda!


Di mana nak beli asid sitrik?

---> Ada dijual online. Saya beli di shopee.my.


Berapa harga asid sitrik?

---> RM 20/kg.


Adakah asid sitrik merbahaya?

---> Tidak. Ianya adalah asid organik lemah dan banyak didapati dalam buahan sitrus seperti lemon, limau dan oren. Ia juga digunakan sebagai aditif dalam makanan dan diiktiraf oleh FDA (Food and Drug Administration)


Baking soda jenama apa yang anda guna?

---> Saya guna jenama Arm & Hammer seperti gambar dibawah. Harganya ialah RM 8/454g.



Ini contoh asid sitrik. Nampak macam garam biasa kan? Jangan tertukar pula sudah lah ya.



Hah, apa lagi..dah tahu bahan-bahannya jom buat satu untuk tandas rumah anda sekarang!!!



Comments


bottom of page