top of page

"Belajarlah selagi yang lain sedang tidur.."

Bismillahirrahmanirrahim..


Musim persekolahan sesi 2018 telah pun membuka tirainya beberapa hari yang lalu. Tahun ini dua orang anak saya yang bersekolah. Seorang di darjah 2, dan seorang lagi di pra-sekolah. Pulang saja dari sekolah, masing-masing berebut mahu bercerita tentang hal yang dilakukan di sekolah masing-masing. Macam-macam cerita dari hal kawan-kawan, kantin sekolah yang jual makanan sedap-sedap dan guru-guru yang baik hati. Geli hati pula bila mendengar cerita mereka. Agaknya kita dulu pun macam tu kan?


Berbezanya murid-murid sekarang, mereka lebih berani dan matang berbanding zaman kita sekolah dulu-dulu. Mana taknya, kita dulu senyap je bila cikgu tanya soalan. Tak berani nak jadi ketua atau penolong ketua darjah hinggakan cikgu yang terpaksa pilih sendiri. Lain pula dengan anak saya yang di darjah 2 ni. Bila cikgu tanya siapa nak jadi ketua, ramai yang volunteer nak sandang jawatan tu. Melalui undi dari kalangan rakan pelajar yang lain, akhirnya anak saya berjaya menyandang jawatan penolong ketua darjah. Tak sangka juga, sebab dia baru saja berpindah ke sekolah tu. Rezeki dia agaknya..Alhamdulillah..


Permulaan tahun 2018 ni, saya terus berazam untuk mendidik anak-anak di rumah walaupun mereka dah belajar di sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sebenarnya, proses mendidik dan mentarbiyah anak-anak oleh ibu ayah dari rumah berbeza dengan apa yang mereka belajar di sekolah. Di rumah, saya titik beratkan pendidikan agama dan kerohanian seperti jaga solat fardu, mengaji, hafazan dan sesi luahan dari hati ke hati. Bagi ibu ayah yang berkerja dan tak banyak masa yang terluang, gunakan 10-30 minit masa senggang yang anda ada setiap hari untuk audit aktiviti anak, tengok homework, perbetulkan solat atau hafazan anak anda. Ambil tahu dan sentiasa jadi pendengar setia kepada cerita dan luahan hati anak anda.


Selain itu, saya mula mengajar si abang yang berumur 8 tahun untuk melakukan kerja-kerja rumah yang sesuai dengan usianya. Dari kerja memotong sayur dan bawang, menyiram pokok, mencabut rumput, hingga ke kerja melipat kain baju. Pada pendapat saya, kemahiran menguruskan rumah tangga ataupun dikenali sebagai 'Ilmu Kemahiran Hidup' perlu diasuh kepada anak-anak sejak dari kecil lagi, tanpa mengira jantina perempuan atau lelaki. Bukannya apa, zaman sekarang ni tak kira lelaki atau perempuan perlu sama-sama melakukan kerja rumah. Sampai masanya, anak-anak akan tahu bila mereka akan menggunakan ilmu kemahiran hidup ni. Dan mereka juga akan berterima kasih kepada anda suatu hari nanti kerana mengajar mereka ilmu berharga yang tak akan mereka pelajari di sekolah mahupun universiti.


Akhir kalam, tugas sebagai ibu surirumah walaupun nampak macam mudah di mata orang lain, namun hanya ibu-ibu surirumah yang memahami bagaimana kami perlu bertungkus-lumus demi memastikan kebajikan suami dan anak-anak terjaga. InshaAllah selagi masih diizinkan bernafas, selagi itu saya tak akan jemu dan lelah berkhidmat demi keluarga, masyarakat dan juga negara. Untuk melahirkan insan cemerlang, gemilang, dan terbilang semuanya bermula dari rumah. Semoga ibu ayah semua teruskan berjuang dalam memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anak. Jangan jemu berusaha dan berdoa, moga dipermudahkan segala urusan oleh Allah s.w.t.


Nota: Saya suka dengan kata-kata inspirasi dari Sir William Arthur Ward ini. Beliau adalah seorang penulis dari Amerika dan menulis artikel untuk majalah Reader's Digest.




Comentarios


bottom of page