7 TEMPAT MESRA BAYI DAN KANAK-KANAK
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Khamis buat ibu-ibu hebat semua. Kembali bersiaran semula pada hari ini selepas beberapa hari lepas saya sibuk sedikit dengan kerja hakiki surirumah yang lain.
Saya nak tanyalah ibu-ibu semua, jika anda mempunyai 2 orang anak kecil dalam lingkungan umur 2 hingga 7 tahun dan pada masa yang sama ada seorang bayi berusia 1 tahun ke bawah, bagaimana anda meluangkan masa berkualiti bersama mereka pada hujung minggu?
Sejak saya menjadi ibu kepada 3 orang anak, perkara yang paling saya 'struggle' adalah perlu melayan karenah 2 orang anak kecil (5 dan 7 tahun) di samping menjaga seorang bayi (bawah 2 tahun). Kalau ikutkan, nampak macam senang nak handle sebab baru 3 orang anak. Realitinya bukan senang nak bagi perhatian kat semua anak..huhuhu. Itulah yang saya rasa sepanjang 2 tahun saya jadi fulltime housewife ni.
Ok, agaknya apakah tempat-tempat kat Malaysia ni yang mesra bayi dan kanak-kanak yang boleh ibu ayah bawa mereka pada masa lapang? Saya cadang ibu ayah bawalah mereka ke 7 Tempat Mesra Bayi dan Si Kecil ni (lihat infografik di bawah). Pasti anak anda seronok dan bayi pun tak meragam. Dan yang paling penting, luangkanlah masa berkualiti dengan anak tanpa gadjet di tangan anda. Ingat! Masa kecil anak tak akan muncul 2 kali. Jadi, korbankan sedikit masa anda demi si kecil tersayang.
Comments