6 TIPS UNTUK IBU JADI LEBIH PRODUKTIF
Assalamualaikum, hai mommies gojes semua! Semoga hari ini lebih baik dari semalam hendaknya buat diri saya dan juga mommies.
Hari ni hari Isnin, jadi bermulalah hari yang sibuk buat mommies suri rumah semua lebih-lebih lagi jika ada ramai anak yang masih bersekolah dan yang masih kecil. Saya pun tak terkecuali. Setiap pagi Isnin, rutin harian saya selepas rasminya bergelar suri rumahtangga ialah bangun seawal pukul 5.30 pagi untuk menyiapkan sarapan dan urus anak ke sekolah, dan hanya akan berakhir bila anak-anak dah masuk tidur di malam hari.
Walaupun memenatkan kerana kita banyak gunakan tenaga fizikal, namun ianya bukan alasan untuk mommies tak boleh kekal aktif dan produktif di rumah. Nak jadi ibu yang produktif ni bukan ambil masa 1,2 minggu saja. Ia adalah learning process dan tak semestinya berlaku mengikut kehendak kita. Baiklah, bagaimana cara nak jadi ibu yang lebih produktif? Kat sini saya kongsikan 6 tips yang boleh mommies semua praktikkan dalam rutin harian mommies. Takde alasan suri rumah 'lemah, lembik, malas' lagi lepas ni, OK?
1. Buat Perancangan Awal
Setiap hari bermula dari selepas bangkit dari tidur, dalam kepala ni dah kena rancang dari awal apa yang nak dilakukan untuk satu hari tu bagi memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Nak buat pelan untuk 1 minggu ke..1 bulan awal ke..semua boleh. Terpulang pada anda. Catat dan letakkan di tempat yang anda senang lihat.
2. Wujudkan 'Rutin'
Macam mana sibuk pun, wujudkan satu rutin untuk diri anda dan pastikan anda lakukannya untuk 21 hari berturut-turut dulu. Sebab apa 21 hari? Biasanya kita ni susah untuk 'stick' pada peraturan, jadi cuba lakukan dengan konsisten selama 3 minggu dulu, lepas tu jika anda tak boleh ikut rutin tu, anda perlu olahnya semula mengikut apa yang anda mampu lakukan.
3. Simpan Semua Benda di Tempatnya
Supaya tak nak pening kepala dan serabut mata tengok rumah bersepah, anda boleh susun dan simpan semua barang pada tempatnya. Bila barang bersepah, mata pun sakit fikiran pun jadi kusutkan? So, nak tenang mata memandang kenalah mommies organize barang-barang dalam rumah dengan baik.
4. Rancang Menu Masakan
Mommies boleh sediakan pelan makanan untuk breakfast, lunch dan dinner lebih awal. Contohnya, buat pelan makanan yang nak dimasak untuk 1 minggu. Jika anda berkerja, buat menu yang ringkas dan jimat masa penyediaannya. Catit dan letak menu di peti ais. Selain dapat jimat masa, duit pun dapat jimat banyak sebab kita beli barang dapur ikut menu yang kita dah plan tadi. Jadi, takdelah membazir barang dapur yang dah dibeli tu.
5. Minta Bantuan
Istilah minta bantuan di sini bukan bermaksud kita ni lembik, lemah atau ambil kesempatan. Kita pun manusia biasa, bukan robot kan? Mintalah bantuan dari suami, anak, jiran dan ahli keluarga lain jika anda sendiri tak mampu nak urus hal keluarga atas faktor sakit, dalam pantang atau ada hal kecemasan yang lain. Jangan sampai anda berasa tertekan, dendam, stres dan jatuh sakit semata-mata kerana semua hal anda nak buat dan tanggung sendiri.
6. Sistem 'Tukar Mainan'
Pernah tak anda rasa bosan bila melihat anak-anak mencampak dan sepahkan mainan mereka serata tempat? Apabila anak-anak mempunyai terlalu banyak mainan sekaligus, mereka cenderung untuk merasa bosan dengan apa yang mereka ada. Mainan yang telah saya simpan selama berbulan-bulan dan bila saya keluarkannya semula paling mendapat sambutan dari anak. Buat sistem dengan set mainan yang berbeza untuk anda rotate sama ada pada setiap hari atau mingguan.
Comments