top of page

Ada apa dengan 'Super Blue Blood Moon'?


Semalam, iaitu pada tanggal 31 Januari, merupakan hari cuti umum bagi negeri Selangor sempena dengan perayaan Thaipusam. Memandangkan suami berkerja macam biasa, hanya saya dan anak-anak saja yang berada di rumah.

Usai siap tugasan surirumah, saya berehat sebentar selepas menunaikan solat Zohor. Baru saya teringat, hari ini akan berlaku fenomena "Super Blue Blood Moon". Hampir juga terlupa dek kerana sibuk dengan tugasan lain, tapi berjaya ingat bila scroll fb ternampak ramai rakan yang share mengenai fenomena ini. Saya pun tak mahu lepaskan peluang melihat sendiri gerhana bulan yang sangat jarang berlaku ini. Kali terakhir ianya terjadi ialah pada 152 tahun dulu. Kita pun belum lahir lagi masa tu kan? Memang excited betul kami anak-beranak nak tengok gerhana bulan.

Menurut sumber dari Planetarium Negara, fenomena ini bermula dari jam 7.48 malam dan berakhir pada pukul 11.11 malam. Namun, atas faktor cuaca yang hujan dan mendung membuatkan saya dan keluarga tak dapat nak lihat ianya di depan mata sendiri. Hampa juga rasanya, tapi kami tetap tak mahu ketinggalan dengan menonton secara live di fbpage Nasa.

Subhanallah! Cukup indah ciptaan ALLAH swt. Memang sangat cantik dan tak pernah lagi saya nampak bulan berwarna merah seperti ini. Patutlah ia dinamakan sebagai 'blood moon'.

Mengapa fenomena ini dinamakan sebagai Super Blue Blood Moon? Kita masuk sikit bab ilmu astronomi lah ya.

Supermoon : Apabila bulan berada berdekatan atau di titik terhampir dengan Bumi

Bluemoon : Bulan penuh kali ke-2 dalam satu bulan

Bloodmoon : Bayangan Bumi yang berwarna kemerahan telah menutupi permukaan bulan

MashaaAllah.. Tidaklah ALLAH swt menjadikan sesuatu kejadian itu sia-sia. Apabila berlaku peristiwa sebegini, kita sebagai umat Islam perlu berasa takut dan sentiasa ingat kepadaNya. Segeralah menunaikan solat sunat gerhana bulan dan berdoalah memohon keampunan padaNya.

Kami sempat tonton live hingga pukul 10 malam saja memandangkan keesokkannya anak-anak akan ke sekolah. Semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kesempatan olehNya untuk menikmati kejadian fenomena-fenomena indah ini di masa hadapan nanti. InsyaaAllah.

bottom of page