Percutian Singkat Hujung Minggu di Muar
Pada cuti hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga telah ke Muar, Johor, selama 2 hari 1 malam untuk percutian singkat kami. Perjalanan ke Muar dari Puchong tak mengambil masa yang lama. Dalam lebih kurang 2 jam setengah akhirnya kami sampai ke destinasi pertama iaitu tempat penginapan kami.
Kami menginap di Homestay Al-Manar (Srinika Homestay Muar) yang terletak kira-kira 15 minit dari bandar Muar. Homestay ini adalah sebuah rumah bungalow kecil satu tingkat yang dilengkapi dengan 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Sangat selesa dan cukup besar untuk keluarga kecil kami seramai 5 orang. Kos penginapan ialah RM 220 untuk satu malam.
Selain tu, kemudahan lain seperti mesin basuh, peti sejuk, seterika, dapur memasak dan astro NJOI juga turut disediakan. Homestay ini terletak di kawasan kejiranan kampung. Jadi, pemandangannya juga sangat indah dengan udara pagi yang bersih dan nyaman. Hilang segala sakit dan lenguh badan bila sekali-sekala bercuti ke kawasan kampung sebegini.
Lokasi : Klik link untuk ke homestay ini >>>
Alamat : No 49C-1 Lorong Haji Umar, Parit Sakai Darat, Jalan Temenggong Ahmad, Muar.
Selepas berehat sebentar, kami ambil keputusan untuk jalan-jalan cari makan di bandar Muar. Tapi, on the way nak ke homestay kami perasan ada satu taman dinasour ala-ala macam jurassic park. Nama tempat ni ialah Donhu Jurassic Garden. Anak-anak pulak memang excited nak pergi tengok dinasaur dulu. Sanggup tahan lapar sebab nak tengok sangat dino ni. Hihihi ... Maklumlah,di Selangor ni kalau nak pergi tengok dinasour mahal tiketnya. So, kami terjah je nak riki-riki harga tiket masuk. Rupa-rupanya tak dikenakan sebarang bayaran pun. Free parking dan nak masuk pun free. Cuma bayar RM 5 jika anak-anak nak naik motor dinasaur tu.
Selain naik motor dinasaur tu, ada juga jualan figurin dinasaur, t-shirt dan makanan. Tapi memang kami dah cakap dengan anak-anak yang mereka tak boleh beli toys kalau nak ke sini. So, mereka sangat behave dan dengar cakap sepanjang berada di situ.
Senang, tak ada drama air mata atau berguling nak beli itu ini.
"Not expect too much, but this is very relaxing for kids and we love any free activity! Woahaahaa!"
Boleh masuk senarai percutian bajet kami sekeluarga! Recommended untuk yang ibu ayah ada anak kecik below 12 yo. Tak tahu nak ke mana bila anda sampai Muar? Di sinilah tempat yang anda boleh kunjungi tanpa keluar belanja yang banyak.
Lokasi : Klik link untuk ke taman dinasaur ini >>>
Alamat : 2700 Pintasan Muar, Kampung Sabak Aur, Muar, Johor.
Kalau ke Muar, tak sah kalau tak pekena Mee Bandung nya kan? Memang makanan favourite saya dan suami ni. Wajib singgah makan kalau ke sini. Kali ni, kami makan di kedai Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori. Kedai ini terletak di antara deretan kedai berdekatan dengan Stesen Minyak Petronas.Harga semangkuk mee bandung biasa ialah RM 5, manakala mee bandung udang galah pula ialah RM 25. Sedap kuahnya sampai teringat-ingat ke hari ini. Apa lagi, beli dan bawa balik lah pes mee bandung ni banyak-banyak supaya boleh buat sendiri di rumah jika kempunan nak makan nanti.
Lokasi: Klik link untuk ke restoran mee bandung ini >>>
Alamat: 1-10, Jalan Perindustrian, Tg. Agas, Muar, Johor.
Ok, selain makan mee bandung, anda juga boleh cuba makan di tempat makan pilihan terbaik di Muar yang disyorkan oleh Facebook Page : Srinika Homestay Muar ini.
TEMPAT MAKAN PILIHAN TERBAIK DI MUAR 2017 :-
(1) FARIS KITCHEN Menu pilihan : Char kuey teow, nasi lemak sotong gergasi, roti john cheese sekapal Alamat : Taman Sungai Abong Mulia, Jalan Sungai Abong
(2) VILLAGE GRILL
Menu pilihan : Grill chicken chop, beef lasagna Alamat : No. 185-10, Jalan Bakariah
(3) R&H SATE MAHARANI
Menu pilihan : Sarapan sate, mee rebus, roti manja Alamat : 130-2 Bangunan MARA, Jalan Maharani
(4) MURTABAK TANAH MELAYU
Menu pilihan : Murtabak cheese Alamat : Jalan Khalidi, Muar
(5) SAI KEE 434 CAFE Menu pilihan : Kopi Alamat : Jalan Maharani
(6) PAK YAHYA ASAM PEDAS Menu pilihan : Aneka asam pedas Alamat : No.1 Medan Asam Pedas, MPM, Parit Jawa
(7) BURGER D' RAJE Menu pilihan : Burger bakar XL, chicken chop Alamat : Parit Besar, Jalan Temenggong Ahmad
(8) RESTORAN HABA Menu pilihan : Sarapan sate, mee rebus, soto, lontong Alamat : No. 1-2, Jalan Majidi, Muar
(9) ROJAK PLACE CAFE Menu pilihan : Rojak udang galah Alamat : Lot 667, Taman Sri Jeram 1
(10) MUTIARA MUAR BBQ STEAMBOAT Menu pilihan : Aneka steamboat Alamat : Bangunan MARA, Jalan Maharani
(11) AJAK BURGER Menu pilihan : Aneka burger bakar Alamat : Parit Amal, Jalan Temenggong Ahmad
12) NASI LEMAK PANDAN MUAR Menu pilihan : Nasi lemak pandan sotong diraja, nasi lemak pandan ayam crispy Alamat : No. 9, Jalan Dato Chua Song Lim, Taman Junid Perdana
13) OYSTER SHELL OUT Menu pilihan : Shell out Alamat : Esah Best, Jalan Parit Tiram
14) SARAH HANNAH CAFE Menu pilihan : Combo wombo chicken chop Alamat : Jalan Dato Lau Bong Wong, Jalan Temenggong Ahmad
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hah, banyak pilihan kan kalau datang ke Muo ni..InsyaAllah anda tak akan menyesal datang sini jika anda memang kaki makan. Hihihi... Kami pun dah pergi ke beberapa kedai makan yang disyorkan seperti di atas. Memang sedap dan murah. Ada rezeki, kami akan berkunjung lagi ke sini.
Next stop kami ialah ke Tanjung Emas, iaitu antara tempat menarik yang wajib pergi jika ke Muar. Di Dataran Tanjung Emas, anak-anak boleh bermain sambil beriadah. Tidak jauh dari dataran pula ada Jeti Tanjung Emas, iaitu tempat untuk naik Muar River Cruise. Harga tiket untuk dewasa ialah RM 12, dan untuk kanak-kanak ialah RM 6. Berbaloi juga naik river cruise ni sebab jaraknya yang jauh dan pemandangan yang best. Tentulah anak-anak yang paling seronok.
Last stop sebelum pulang ke Puchong, kami singgah ke sebuah nursery garden di tepi jalan. Sepanjang jalan ada saja nursery sampai tak tahu nak pilih yang mana. Saya dan suami berkongsi hobi yang sama iaitu suka pokok bunga dan menanam sayur. Sempatlah beli 2,3 anak pokok untuk di bawa balik. Tak boleh beli banyak, nanti tak muat bonet kereta pula. Rambang mata melihat pokok-pokok di sini. Kalau anda pun suka bercucuk tanam, jangan lupa singgah ke nursery garden yang ada di sini.
Percutian singkat kali ini amat bermakna buat kami dan anak-anak kerana bukan selalu kami sekeluarga dapat peluang sebegini. Suami juga tak beritahu lebih awal tentang percutian ini, jadi ianya percutian yang tak dirancang. Namun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seronok dapat habiskan masa bersama keluarga tersayang. Sememangnya ianya percutian yang akan kami kenang selalu.