top of page

Jadual Kelas Anak

Bila mula saja buka sekolah, si anak sibuk bawa balik buku teks, buku aktiviti dan segala buku untuk minta dibalut. Minggu pertama sekolah memang jenuh membalut buku teks sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Ini baru seorang yang bersekolah, kalau yang anak berderet tu macam mana lah agaknya.. Mungkin saya pun boleh mula ajar si abang balut bukunya sendiri mulai tahun depan.

Selain buku-buku, bila mereka dah dapat jadual kelas, giliran saya pula buat semula versi lain dan print untuk disimpan di rumah dan untuk anak bawa ke sekolah. Bukannya tak mahu guna jadual yang diberi oleh guru, cuma nak buat yang tulisannya besar-besar, warna-warni dan mudah untuk dibaca. Anak pun tak pening nak tengok dan nak courage dia kemas beg sekolah setiap hari ikut jadual.

Ok, kalau nak senang boleh saja buat jadual guna excel. Tapi saya lagi prefer guna Canva sebab dah biasa guna. Banyak pilihan template yang menarik dan boleh diubahsuai ikut kehendak kita.

Ini contoh jadual kelas anak saya di darjah 2 :

Saya buat saiz A4, biar jelas dan terang. Sesuai untuk anak saya yang di darjah 2. Kalau anak anda dah besar, buat saiz kecil atau pocket saiz pun ok. Lepas dah print out, saya ke kedai untuk laminate jadual ni. Kalau beg basah kena hujan, tak adalah rosak kan?

Memang nampak macam tak worth it buat semula jadual anak kan? Kenapa tak guna saja yang guru dah bagi tu? Tapi, percayalah sebenarnya bila saya buat semula jadual anak ni secara tak langsung saya ambil tahu apa subjek yang anak belajar di sekolah, siapa guru mereka, dan pukul berapa waktu masuk sekolah, rehat, dan juga pulang dari sekolah. Nampak macam remeh, tapi ia sangat membantu saya dalam memantau aktiviti anak.

Sekarang bila saya bagi anak jadual ni, dia tersenyum dan teruja untuk mengemas beg sekolahnya setiap hari. Saya dan suami bergilir-gilir check semula begnya. Alhamdulillah, dia dah pandai uruskan dirinya sendiri. Anda juga boleh buatkan jadual untuk anak anda jika ada kelapangan. Tentu mereka seronok untuk belajar dan ke sekolah nanti.

Nota : Saya halalkan anda print/download/share template jadual kelas di bawah ini untuk kegunaan anda.

Untuk dapatkan template Jadual Kelas Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama, sila klik link di bawah.

bottom of page