Selamat Kembali ke Sekolah !
Bismillahirrahmanirrahim...
Diam tak diam hari ini dah masuk hari ke-4 sesi persekolahan bermula. Baru hari ni saya berkesempatan nak update blog dek kerana sibuk menguruskan anak-anak masuk ke sekolah baru. Si abang, darjah 2 dan si adik, tadika 6 tahun. Baru 2 orang anak yang bersekolah pun dah macam tak cukup tangan nak menguruskan mereka setiap pagi.
Macam mana pula ragam anak-anak ibu ayah semua? Bagi yang anak darjah 1 tahun ni, pasti lagi teruja kan? Tahun lepas, saya tunggu anak di sekolah pada hari pertama saja. Hari kedua dan seterusnya kami tak datang sekolah, cuma tengok dari jauh waktu dia balik dari sekolah. Oleh kerana dia balik naik van sekolah, jadi kami perlu biarkan dia belajar berdikari. Alhamdulillah, dia cepat suaikan diri dan berkenalan dengan pakcik van dan kawan-kawan.
Untuk tahun ni, turn saya pula yang ambil dan hantar si adik ke sekolah tadika sebab tak ada transportation disediakan kerana lokasi yang agak jauh. Abangnya pula saya naikkan kereta jiran yang buat servis transportation ke sekolah. Termasuk dengan sepupu-sepupunya yang tinggal berdekatan, mereka bertiga pergi dan pulang ke rumah bersama-sama. Jadi, saya dan suami tak adalah risau sangat walaupun dia baru saja transfer ke sekolah baru.
Hari pertama persekolahan iaitu pada 2 Jan lepas tak menjadi masalah buat anak-anak kami, dan juga kebanyakkan anak-anak parents yang lain. Salah-satu sebabnya ialah kerana mereka dah didedahkan dengan alam persekolahan sejak dari usia 4,5 dan 6 tahun. Kurang sikit rasa gugup dan takut sebab dah pernah ke sekolah sebelum ini. Guru-guru juga mudah nak kawal pelajar kerana mereka dah pandai dengar arahan dan lebih matang. Kalau zaman kita sekolah dulu mesti ramai yang menangis tak nak ke sekolah. Sekarang ni tak payah suruh dah bangun sendiri nak ke sekolah. Anak-anak zaman ni memang tak sama macam situasi kita bersekolah dulu-dulu. Mereka lagi advance dan matang dari kita.
Akhir sekali harapan saya buat anak-anak,
Tuntutlah ilmu dan hormatilah guru-guru kamu kerana tanpa didikan mereka, kamu tak akan berjaya seperti hari ini.
Buat guru-guru, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian mendidik dan mengajar anak-anak kami. Kami doakan semoga anda terus istiqamah mendidik mereka.
Selamat kembali ke sekolah dan selamat maju jaya!