Selamat Datang 2018 dan Selamat Tinggal 2017
Satu hari lagi kita akan sampai ke penghujung tahun 2017 dan akan membuka lembaran baru untuk tahun 2018.
Banyak peristiwa berlaku sepanjang tahun ini, ada yang manis dan ada juga yang pahit. Walaubagaimanapun, semua itu membuatkan saya semakin matang dan positif dalam meneruskan kehidupan. Menyandang jawatan sebagai seorang isteri, seorang ibu surirumah kepada 3 orang anak, dan seorang anak kepada kedua orang tuanya memang memerlukan saya membahagikan tugas saya dengan baik.
Kadang-kala ada masa saya akan berasa lelah dan penat, tapi dengan izin Allah s.w.t , saya dapat tempuhi semuanya. Tahun depan masuk tahun ke-3 saya meneruskan khidmat sebagai surirumah sepenuh masa. InshaAllah, saya akan terus berbakti kepada keluarga dan disamping itu meneruskan misi sebarkan ilmu keibubapaan kepada pembaca blog saya yang setia.
Tahun Baru pasti azam juga baru. Sebagai umat Islam, kita tidak digalakkan sambut baru. Saya sudah pun tetapkan azam baru pada Maal Hijrah yang lalu, cuma untuk tahun 2018 ni saya akan cuba merealisasikan semua azam itu. Kenapa kita perlu ada matlamat atau goals dalam hidup? Sebab, dalam hidup ini kita kadangkala boleh tersasar dari laluan jika tak ada tujuan sebenar dan impian yang ingin dicapai. Ibarat macam jalani saja hidup ini ikut langkah kaki kita saja. Tak ada impian, tak ada matlamat. Akhirnya, banyak perkara sia-sia yang kita lakukan tanpa kita sedari.
Jadi, buatlah azam baru dan renew pada setiap tahun. Jika ada yang tak dapat dicapai pada tahun ini, tak mengapa. Anda boleh bawa ke tahun depan. Cuma kita yang boleh ubah diri kita sendiri, bukannya orang lain. Saya juga renew azam pada setiap tahun untuk tujuan meningkatkan semangat positif dan mencabar diri sendiri. Dengan ini, saya tahu apa yang saya mahukan dan perlu berusaha untuk dapatkan apa yang saya impikan.
Jom, tulis azam tahun baru! Saya dah pun buat list azam tahun baru saya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan semoga semuanya baik-baik sahaja untuk tahun 2018 nanti.