Tadaima~'Home Sweet Home'
Assalamualaikum semua!
Akhirnya saya kembali bersiaran semula pada hari ni lepas selesai semua urusan pindah rumah. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah dan berjalan dengan lancar. Urusan permohonan tukar sekolah anak juga diluluskan oleh PPD dan kami dapat sekolah yang dipohon. Syukur sangat sebab risau juga kalau anak kena mohon sekolah lain.
Berpindah dari rumah apartment ke rumah teres ni memang pada awalnya rasa agak janggal sikit. Anak-anak lah yang paling excited. Mana taknya, asyik keluar masuk rumah dan leka bermain di luar rumah. Maklumlah sebelum ni tak ada peluang sebab tak ada kawasan untuk mereka bermain di luar. Kesian juga tengok mereka bosan asyik main benda yang sama je dalam rumah. Nah, sekarang mainlah puas-puas ye nak. Hihihi... Dapatlah saya buat kerja sambil pantau mereka bermain.
Hurm..Apa yang saya buat 2 minggu pertama lepas pindah aritu? Barang kami dari rumah lama agak banyak, penuh lori 3 tan yang kami sewa. Huhuhu..Banyak sangat barang sampai saya dan suami perlu sort dulu perlu pakai atau tak. Ok, masuk je rumah mestilah nak kena kemas barang dan susun perabot. Lepas dah susun, mana barang yang tak pakai dan boleh recycle kami hantar ke pusat recycle. Besi-besi lama kami jual kat lori yang ambil barang besi. Minggu pertama tu kami install internet (Unifi) dan install air Coway. Air minuman yang bersih tu paling penting sebab kat sini kualiti airnya tak berapa meyakinkan.
Tugas mengecat, menggerudi, pasang paip dan almari, panjat betulkan lampu semua tu suami saya buat sendiri. Saya pulak incharge bab pasang langsir, mengemas, menyapu, mengemop, dan dekorasi. Konsep rumah kali ni ialah minimalis dan mesra budak, jadi seboleh-bolehnya kami kurangkan perabot yang tak perlu dan biar dalam rumah lapang dan mudah anak-anak nak bergerak memandangkan space pun takdelah besar mana. Tiada perhiasan kaca, almari atau pasu kaca dan sebagainya. Senang nak jaga dan urus rumah.
Lepas 2 minggu, barulah saya dapat tarik nafas lega sebab barang-barang dah habis disusun dan kami sekeluarga pun dapat suaikan diri balik dengan persekitaran di sini. Yang penting sebelum start sekolah, semua hal yang perlu buat dah selesai dan anak-anak pun happy. Mama dengan abah minta maaf ye anak-anak sebab kamu perlu suaikan diri di sekolah baru dan cari kawan baru. Semoga baik-baik saja semuanya. InshaAllah...