top of page

Selamat tinggal Vico..Sayonara~ Mata aou ne~

Assalamualaikum, hai korang! Dah makan lunch ke belum? Saya baru pulang dari ambil anak balik tadika. Lepas lunch dan solat Zohor, barulah ada sikit masa nak menulis.

Hari ni nak cerita pasal hal pindah-randah pulak. Next week nak pindah rumah, minggu ni baru kelam-kabut. Selagi belum dekat-dekat nak pindah, mood mengemas pun belum kunjung tiba. Semua tu alasan, padahal boleh je nak kemas dari awal..hihihi

Actually takdelah besar mana problem nya, cuma rasa sentimental sikit bila nak tinggalkan rumah ni dan berhijrah ke tempat lain. Banyak kenangan manis, pahit, masam manis di sini. Lengkaplah kata orang. Tapi, hidup mesti diteruskan. Jadi nak tak nak kena move on lah kan.

Barang yang kecik-kecik seperti buku, baju, toto, bantal, langsir dan perkakas dapur dah kami angkut sikit-sikit tempoh hari. Jadi, bila lori datang nanti tinggal nak angkut perabot dan perkakas elektrik yang besar-besar je. At least, dah 50 peratus selesai. Lagi 50% tu tunggu khidmat abang lori tolong angkatlah sebab semuanya berat belaka.

Kontrak internet (kami guna TIME) pun dah kami terminate sebulan yang lepas lagi. Kalau dah guna lebih dari kontrak 2 tahun tak dikenakan denda, kalau kurang dari tu kena bayarlah penalty sebanyak RM500. Yang ni baik settle kan awal ya supaya tak terkejut tengok amaun yang kena bayar nanti.

Selain hal barang dan bil-bil, hal pertukaran sekolah anak adalah perkara pertama yang kami plan dari awal. Oleh sebab saya berpindah ke daerah lain, tapi masih dalam negeri Selangor, saya hanya perlu serahkan dokumen dan borang pertukaran pelajar ke Pejabat Pendidikan Daerah tempat baru saja. (Nantikan perkongsian mengenai dokumen yang perlu anda sediakan untuk pertukaran pelajar ke sekolah baru pada entri yang akan datang).

Proses pindah rumah ni memang banyak guna duit. Saya dan suami dah buat kira-kira dari awal lagi berapa keseluruhan kos yang diperlukan sebelum ambil keputusan berpindah. Lagi satu, berpindah pada hujung tahun iaitu selepas anak habis sekolah adalah masa yang paling sesuai supaya tak ganggu pelajaran mereka. Semua ni perlu perancangan awal supaya tak ganggu emosi anak dan pasangan. Betul tak? Kalau korang pun ada pengalaman pindah-randah ni, feel free to share kat sini ya!

Perihal Gambar:

Anak-anak saya sangat sedih nak tinggalkan kucing kesayangan mereka, 'Vico' namanya. Setiap hari main dan bagi makan kat Vico. Tapi Vico ni memang dah biasa liar dan tak suka orang sangat. Takpelah, nanti kami bela kucing lain di rumah baru. Sorrylah ya anak-anak tak dapat bawak Vico pindah sekali!

bottom of page