'10 Kata-kata Hikmah Tentang Keibubapaan'
Assalamualaikum, hai ibu ayah semua! Ke mana anda pergi hujung minggu ni? Mesti ramai yang bawa anak-anak keluar makan di luar, ke shopping complex atau bersiar-siar di taman kan? Apapun jua aktiviti yang anda lakukan, ajaklah anak-anak join bersama. Pasti mereka rasa seronok dan gembira.
Topik yang nak dikongsikan hari ni adalah lebih kepada memberi motivasi dan inspirasi buat ibu ayah agar sentiasa berusaha untuk menjadi ibu ayah yang terbaik kepada anak-anak dari hari ke hari. Semalam telah berlalu, namun esok belum tentu. Sentiasa perbaiki diri, banyakkan belajar ilmu keibubapaan dan audit diri setiap hari. Dan jangan lupa, berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita dalam mendidik, mentarbiyah dan membesarkan anak-anak hingga mereka berjaya menjadi muslim sejati bila dewasa kelak.
Saya kongsikan di sini '10 Parenting Quotes' atau '10 Kata-kata Hikmah tentang Keibubapaan' yang selalu menjadi self-reminder diri saya sendiri supaya sentiasa sabar dalam mendidik anak. Kadang-kala kita perlukan sesuatu atau seseorang yang boleh dijadikan sumber inspirasi, motivasi dan sentiasa kekal positif. Mungkin ia adalah sahabat kita, idola kita, mahupun kata-kata positif dari sesiapa pun.
"Tiada istilah ibubapa yang sempurna. Cuma, jadilah ibubapa yang sebenar."
"Untuk berada dalam memori anak anda pada hari esok, anda perlu ada dalam hidup mereka pada hari ini."
"Keibubapaan bukanlah satu amalan. Ia adalah pengalaman dari pembelajaran seharian."
"Di dunia ini anda hanyalah orang biasa, tetapi bagi anak ANDA adalah DUNIA."
"Seorang anak perlukan dorongan sepertimana tumbuhan perlukan air."
"Kita mungkin tak dapat sediakan masa depan untuk anak kita,
Tetapi sekurang-kurangnya kita boleh persiapkan anak kita untuk masa depannya."
"Setiap hari dalam hidup kita, kita membuat deposit di bank memori anak-anak kita."
"Anak-anak kita perlukan KEHADIRAN kita lebih dari HADIAH kita."
"Benda yang paling BAIK yang kita berikan kepada anak-anak adalah MASA."
"Seorang anak berumur 2 tahun adalah seperti memiliki sebuah mesin pengisar, tetapi tiada penutup di atasnya ."
Semoga bermanfaat.