Demam Peperiksaan dah Tiba!
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum mommies hebat semua. Hari ni mommies semua mesti kena recharge balik kan? Yelah, cuti sekolah sempena Hari Deepavali telah pun berakhir semalam. Jadi, kembali ke normal semula rutin harian kita bila anak-anak ke sekolah.
Hari ni anak saya yang darjah 1 mula menduduki peperiksaan untuk sekolah agama dan juga sekolah kebangsaan. Rasanya sekolah-sekolah yang lain pun mesti tengah final exam week juga kan? Saya doakan anak saya dan anak-anak kita semua berjaya menjawab soalan dengan tenang, dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang minggu exam ni.
Untuk anak saya, jadual peperiksaannya agak padat juga. Periksa sekolah agama & sekolah kebangsaan juga diadakan pada hari yang sama. Jadi, masa cuti seminggu yang lepas digunakan sebaik mungkin untuk dia mengulangkaji subjek kedua-duanya. Saya dan ayahnya pun kena duduk sama-sama memantau dia belajar kerana kadang-kadang dia senang hilang fokus dek gangguan dari adik-adiknya.
Saya berpendapat bahawa ibubapa zaman kini perlu ada sikap ambil tau dan peduli dengan pelajaran anak-anak kerana zaman kita belajar dulu dengan zaman sekarang ni jurang perbezaannya amat ketara. Kenapa saya kata jurangnya sangat ketara? Sebab zaman kita darjah 1 pada tahun 90-an dulu, kita cuma belajar benda-benda basic saja iaitu mengenal ABC, mengira 123, menulis alif baa taa. Silibus budak darjah 1 sekarang ni semua guna KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), jadi mak ayah tak boleh compare dengan zaman kita dulu-dulu. Kalau kita tak semak homework atau tak ambil tau tentang pelajaran anak-anak, dikhuatiri mereka akan ketinggalan jauh. Jadi, rajin-rajinkan jenguk homework anak, selalu tanyakan hal pelajaran mereka dan bantulah bila mereka tak faham sesuatu perkara. InshaAllah mereka lebih bersemangat lagi dalam meneruskan pembelajaran.
Ok, kat bawah ni saya share jadual peperiksaan akhir tahun untuk darjah 1 (2017) - sekolah kebangsaan
> Khamis - Bahasa Arab, Jawi
> Isnin - Agama Islam
> Selasa - Pendidikan Jasmani, BM Pemahaman, BM Penulisan
> Rabu - Pendidikan Kesihatan, BI Pemahaman, BI Penulisan
> Khamis - Matematik, Sains
Hah..banyakkan subjek yang mereka perlu baca dan fahami? Memang kalau kita berada di tempat anak-anak, kita yang stres dan pening kepala..huhuhu.. Jadi, untuk elakkan anak pun pening dan study last minute, anda boleh buatkan jadual atau tetapkan dalam 1 jam setiap hari untuk mereka mengulangkaji pelajaran pada sebelah malam. Boleh buat perlahan-lahan start dari awal tahun. Lama-kelamaan anak pun jadi biasa dan boleh belajar tanpa dipaksa.