'Peraturan Semasa Cuti Sekolah'
Assalamualaikum dan Hai ! Apa khabar mommies semua?Memandangkan hari ini adalah hari cuti sempena Hari Deepavali dan anak-anak juga masih dalam 'mood' cuti sekolah, saya kongsikan tips ini buat ibu ayah di luar sana yang mahukan hari cuti sekolah anak-anak mereka terisi dengan perkara yang berfaedah dan tak membuang masa begitu sahaja.
Walaupun sebelum ini anda tak pernah merancang sebarang aktiviti atau peraturan khas untuk anak-anak semasa mereka cuti dan berada di rumah, apa kata selepas ini anda cuba lakukannya kerana anda sendiri akan puas hati melihat hasil dan perubahan positif mereka kelak.
Ok, macam mana cara nak buat peraturan atau 'rules' ni ye? Senang saja... Misalnya kalau di rumah anda dah ada papan hitam atau whiteboard, anda boleh tulis saja di situ. Kalau tak ada, anda tulis di kad manila atau kertas mahjong dan yang paling penting ialah anda perlu meletak atau menggantungnya di tempat yang anak-anak anda boleh lihat dan bacanya dengan jelas. Hah, mudah je kan? Jadi apa lagi? Jom mommies cuba buat satu untuk anak-anak anda di rumah!
Nota : Selepas anak-anak anda dah buat tugasan seperti yang anda suruh, jangan lupa untuk berikan kata pujian dan semangat supaya mereka lebih teruja untuk melakukannya dengan ikhlas dan tanpa rasa terpaksa.
* Ini contoh yang saya buat di rumah. Mommies semua boleh buat macam ni atau ubah ikut kesesuaian peringkat umur anak dan citarasa anda. Selamat Mencuba!